The Cool People :)

Sabtu, 7 Jun 2014

Ujian.

Bismillah. 



assalamualaikum w.b.t 


Kehidupan. Kehidupan bukan sentiasa dihampari karpet - karpet merah, dilempari bunga-bunga indah.Tidak pula diduga dengan perkara-perkara yang mudah.Selagi bertuhan ,selagi itulah perlu bertahan. 



kadang diri tidak berasa kuat untuk melawan segala mehnah dan tribulasi yang hadir. 
kadang diri tidak lah segagah pahlawan serta srikandi islam untuk menongkah segala arus ujian yang diturunkan.

terkadang juga diri berasa selemah lemahnya umpama tiada tulang yang diberi untuk menyokong diri untuk melawan segala ujian dari Dia yang Maha Esa. 


Pernah dengar "Ujian itu tanda sayang". Pernah dengar ? tentu pernah..bukan ? 

 ya. Ujian itu tanda Allah sayang. 


kadang diri takut untuk di uji. Namun bila melihat,membaca dan memahami (surah al ankabut 2-3) diri menjadi kuat. 

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

pelbagai jenis ujian yang allah hadirkan untuk kita. tetapi percayalah .. dengan sifat ar rahmanNya, Allah beri ujian itu sesuai dengan kesanggupan diri kita. Seperti yang tertulis dalam surah al baqarah . 


Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)




Ujian datang tanpa diduga tanpa diminta. Kadang ada yang futur dengan pertolongan allah apabila tidak kuat dengan UjianNya namun sedar atau tidak berputus asa itu bukan sesuatu yang allah minta.

Allah uji tanda sayang. 


allah minta kita meminta kepadaNya. 



moga hati dan diri terus kuat. allahummaamin . 

#notetomyself


thanks for reading !





Isnin, 27 Januari 2014

RAMAL

Ramal. 



ramal. 
kadang buat kau ketawa 
ketawa gembira
kerna ramal kau tepat tersasar


ramal. 
buat kau menangis 
menangis hampir kau tidak percaya ada harapan 
di hadapan 
;masih ramal 
ramal salah kau kecewa

ramal.
kadang itu ramal buat kau ada batas
batas dalam hidup 
sampai satu tahap kau takut 
takut bergerak
kerana kau punya batas 
batas ikut ramal 
kau jadi penakut 



ramal
banyak benda boleh kau ramal 
lihat awan, kau ramal bakal hujan 
lihat air, kau ramal tiada buaya
lihat manusia, kau simpul dia begitu begini
lihat cermin, bisa bisa kau tutur kata ramal diri tua nanti 


ramal 
banyak benda boleh kau ramal 
sedangkan hidup ini boleh diramal bersama nada kudrat yang sedang berjalan



tapi  ingat 
perlu diingat 
ramal boleh buat kau jatuh jadi pendosa
pendosa yang kau tidak sedar asbab kau terbentuk pendosa berdosa
: ramal HATI

ramal hati.
bila salah ramal hati manusia 
kau jatuh berdosa

hati hati meramal hati
takut malaikat kiri mencatat dosa 
dalam luar sedar kita jatuh berdosa


IBTISAM
1.04AM,MAHALLAH KHADIJAH A811

Selasa, 16 April 2013

Disebalik nama =.=

Bismillahirahmanirahim 

bila siang bertukar malam , secara semulajadinya mata menjadi layu , badan meraung-raung terkinja -kinja tergedik-gedik minta tuannya baring di atas katil , lalu tangan menjadi semakin cepat, pantas , dan ligat mem-beresin-kan segala kerja .. 

tangan jadi laju siapkan kerja sedia ada sebabbbbbbbbbbbbbbbb ... nak bukak lappy dan ONLINE . hihi :D

 Assalamualaikum semua 


hari ni nak cerita pasal "disebalik nama " aku. 

my name is IBTISAM .. IBTISAM BINTI HASHIM .. tiada Nur , Nurul , Siti , Nik , Che , Teh n so on .. 


just IBTISAM .. Very simple bukan ? and syam veryyyyy-verryyyy admit ..most ppl around me when they see my name .. they will say "what ? ibtisam ? ni lelaki ke perempuan ? " = ='

ohhhh ! sungguh sedih tahap nak terjun bangunan u know ! diri ini terselah sifat dan rupa kewanitaan mereka sesenang hatiii je tanya soalan yang super duper menyakitkan hati dan meruntunkan kalbuu ni .. *sobs-sobs lap hingusss ..

okey hingus dah lap !


Duluuuu ...


normally ,bila syam go anywhere n bila ada orang tnya "what is your name"? 

syam terus jadi macam kaku and segan nak cakap .. 

yelaaa mesti orang yang tanya tu akan cakap macam ni .. 

"hahh ? hahh what ?? "

takpun ada yang bajet dan lambat tangkap sikit akan cakap macam ni ..

"hah ? ib.. zammm  .... hah ? nama apa ? "

takpun ada yang main kasar sikit akan cakap macam ni  ..

"hah ? ibtisam ? kenapa nama macam lelaki ?"

DAN ada yang super awesome sikit akan cakap macam ni ..

"hah ? ibtisam ? WOW ! Sedapnya nama .. sooooo unique ! " *haa orang macam ni syam suka . HAHA


so dulu waktu kecik-kecik memang rasa segan laaa bila orang tanya nama sendiri .. 

syam ingat lagi dulu waktu syam dalam 4 tahun ke 5 tahun macam tu laa syam pernah hentak-hentak kaki sambil menangis meraung suruh ummi tukar nama . HAHA . weh jarang tau anak mintak parents tukar nama. aku ni kira macam special case lah bagi abah umi untuk handle haha sorry abah ummi. Janji tak buat lagi 


Pastu bila anak - anak kawan umi tanya nama syam .. syam terus bisik kat umi suruh cakap nama lain. Umi layankan je anak dia yang sorang. lagi sekali sorry umi abah haha





tapi itu semua dulu .. waktu syam masih kecil dan comottt .. 

since dah besar dan comel niii * ampun ! saya perasan lagiii 

bila orang tanya what is your name ?

syam secara confidentnya akan bagitahu nama syam dengan pronunciations yang betul , tepat dan tuntas sekali ==' 

dengan sebutan yang betul dan keyakinan yang tinggi bila sebut nama tu .. Insyaallah orang tak akan tanya lagi soalan2 seperti diatas tadi . 


kalau dia suruh ulang lagi .. memang makan kasuttt lah jawabnya . * tettttt .. bajet berani-berani je kan :P

Maksud Ibtisam ni ape yer ?


okey .. dalam buku nama-nama Islam terpilih .. Ibtisam means Senyuman .. :)

Tu yang suka senyum macam  kerang wangi  tuh   .. HAHA 

masa hari sukan sekolah dolu-dolu Ustazah Rohana  pernah cakap kat syam taw

 "memang kenalah mak awak bagi nama IBTISAM dekat awak ni kan ? "

im cluelesss .. and syam tanya ustazah .. 

"kenapa ustazah "

then ustazah cakap .. 

"yelaaa time lumba lari pon senyum lagiii " 

hehehehhehehehe ..sambil senyum kat ustazah . 

bila besar dan makin cantik ni *ampun ! saya  perasan lagii .. syam rasa bersyukur dengan nama ni ..

memang senang sangat nak senyum kat orang ,. yelaa dah nama pun senyuman kan .. plus , senyum itu sedekah .. cuma tarik sikit otot kat mulut ni sampai ke pipi sikit dah senang-senang Allah bagi pahala kan ? *dengan syarat kena ikhlas laaa :)

guys , nama pun beri kesan taw dekat diri dan sifat kita .

Islam sendiri pun memandang mulia terhadap nama seseorang dan jadikan ia sebagai hak seseorang muslim . Nama sangat signifikan sebab dia adalah pengenalan diri and berkaitan dengan sabitan keturunan , nilai kehormatan dan maruah * i guesssssss ..


kalau kita kaji , bermula dengan penciptaan manusia lagi ALLAH dah namakan bapa manusia yang pertama dengan nama Adam .. :)

so that  , islam menganjurkan nama - nama yang baik untuk diberikan kepada seseorang sebab nama itu akan dipanggail oleh Allah pada hari akhirat sebagai pengenalan diri .. :)





And  i  think i need to stop typing and cakap banyak-banyak ni :D


SO , i'll bebel banyak-banyak later yer ..

keep calm , smile and love Me ! 
thanks for reading this entry !