The Cool People :)

Sabtu, 7 Jun 2014

Ujian.

Bismillah. 



assalamualaikum w.b.t 


Kehidupan. Kehidupan bukan sentiasa dihampari karpet - karpet merah, dilempari bunga-bunga indah.Tidak pula diduga dengan perkara-perkara yang mudah.Selagi bertuhan ,selagi itulah perlu bertahan. 



kadang diri tidak berasa kuat untuk melawan segala mehnah dan tribulasi yang hadir. 
kadang diri tidak lah segagah pahlawan serta srikandi islam untuk menongkah segala arus ujian yang diturunkan.

terkadang juga diri berasa selemah lemahnya umpama tiada tulang yang diberi untuk menyokong diri untuk melawan segala ujian dari Dia yang Maha Esa. 


Pernah dengar "Ujian itu tanda sayang". Pernah dengar ? tentu pernah..bukan ? 

 ya. Ujian itu tanda Allah sayang. 


kadang diri takut untuk di uji. Namun bila melihat,membaca dan memahami (surah al ankabut 2-3) diri menjadi kuat. 

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

pelbagai jenis ujian yang allah hadirkan untuk kita. tetapi percayalah .. dengan sifat ar rahmanNya, Allah beri ujian itu sesuai dengan kesanggupan diri kita. Seperti yang tertulis dalam surah al baqarah . 


Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)




Ujian datang tanpa diduga tanpa diminta. Kadang ada yang futur dengan pertolongan allah apabila tidak kuat dengan UjianNya namun sedar atau tidak berputus asa itu bukan sesuatu yang allah minta.

Allah uji tanda sayang. 


allah minta kita meminta kepadaNya. 



moga hati dan diri terus kuat. allahummaamin . 

#notetomyself


thanks for reading !





Tiada ulasan: