The Cool People :)

Isnin, 27 Januari 2014

RAMAL

Ramal. 



ramal. 
kadang buat kau ketawa 
ketawa gembira
kerna ramal kau tepat tersasar


ramal. 
buat kau menangis 
menangis hampir kau tidak percaya ada harapan 
di hadapan 
;masih ramal 
ramal salah kau kecewa

ramal.
kadang itu ramal buat kau ada batas
batas dalam hidup 
sampai satu tahap kau takut 
takut bergerak
kerana kau punya batas 
batas ikut ramal 
kau jadi penakut 



ramal
banyak benda boleh kau ramal 
lihat awan, kau ramal bakal hujan 
lihat air, kau ramal tiada buaya
lihat manusia, kau simpul dia begitu begini
lihat cermin, bisa bisa kau tutur kata ramal diri tua nanti 


ramal 
banyak benda boleh kau ramal 
sedangkan hidup ini boleh diramal bersama nada kudrat yang sedang berjalan



tapi  ingat 
perlu diingat 
ramal boleh buat kau jatuh jadi pendosa
pendosa yang kau tidak sedar asbab kau terbentuk pendosa berdosa
: ramal HATI

ramal hati.
bila salah ramal hati manusia 
kau jatuh berdosa

hati hati meramal hati
takut malaikat kiri mencatat dosa 
dalam luar sedar kita jatuh berdosa


IBTISAM
1.04AM,MAHALLAH KHADIJAH A811

Tiada ulasan: