Apabila diuji jangan pula melenting tak tentu pasal .. pumpampumpam mulut dan tangan menyalahkan orang dan takdir .. ada pula yang menangis kerana tidak sanggup menghadapi ujianNya .. Sabar lah wahai hati .. kuatkan lah diri untuk mengharungi ujianNya ..
Sebenarnya , bila kita fikir balik , musibah yang diberi oleh Allah adalah salah satu tarbiyah untuk hambanya yang celik hati dan akal .. mereka akan terima dengan hati yang sangat terbuka dan mula muhasabah diri ..tapi kalau musibah itu menimpa orang yang tak celik hati ? mereka akan mula berputus asa dan mungkin memarahi takdir !
Kadang-kadang ujian Allah ni datang tanpa kita duga ! datang secara mengejut pon ada .. time tu mula tepuk dahi dan isghtifar .. mula menangis kerana menyesal .. dan mula berjaga - jaga dari kealpaan yang lena dan berpanjangan .. Ujian yang datang secara mengejut itu bukan diuji untuk membebankan kita tetapi itu semua tanda kasih sayang Allah terhadap diri kita . Ujian yang diberi itu adalah salah satu cara untuk Dia sedarkan kita daripada perbuatan yang salah yang sedang kita lakukan dan cara Dia melihat bagaimana kita menerima ketentuanNya.. supaya kita lebih peka dengan apa yang kita buat .. yelaa , fitrah manusiakan .. sentiasa lalai dan lupa .. lalai dibawa arus keduniaan ini ..
tapi bila dah kena uji tu .. we should never stop praying! sabar , kuatkan hati dan perbetulkan mana yang tak betul.. dan "akur" kan diri kepada yang Maha Esa . Teruskan kehidupan dan abdikan diri kepadaNya . Dan yakinlah bahawa Allah s.w.t sentiasa disisi walaupun kadang kala kita lupa akan diriNya .
Musibah diri sendiri dan memberi peringatan kepada diri ini juga .Maybe ada something wrong and not in place . Jadi ujian ini adalah one of the best ways to admonish myself . :) . redha and never to stop praying!
mendapat sahabat yang memahami dan mengambil berat tentang diri kita juga merupakan satu nikmat :')semoga nikmat ini terusku rasai sampai akhir hayatku . |
Semoga kita sentiasa dibawa keredhaanNya .Jazakallah khairan khatira :) Amin ya rabb .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan