poligami ?
tak tahu laa kenapa tetiba terpikir nak buat entry pasai ni .. teringat kat ustazah yang ajar syam pendidikan islam dulu-dulu kot .. :) Dulu masa form 5 , bab Ibadat ada belajar tau pasal poligami ni ..
rata-rata student form 5 sangat laa teruja tahap crazy nak timba ilmu bab-bab alam perkahwinan ni .. yelaa masing-masing bajet macam dah besar dan dah boleh kahwin walaupun baru ada janggut seciput bawah dagu..muehehe
mula-mula belajar bab ibadat form 5 ni sangat laa eksitedd sampai nak gigit buku dan juga kuku .. masing-masing nak duduk meja depan time ustazah masuk , yang duduk belakang sanggup tarik kerusi duduk sebelah kawan kat meja depan.. *ohh , teruja-teruja ..
kalau ustazah tanya nak belaja bab apa hari ni ? semua cakap macam ni .. "
haaa , bab kahwin ustazah , bah kahwin " . HAHA .. gataii semuanya .. :D
lepastuu .. lama kelamaan agak lah boring actually bab IBADAT tingkatan 5 ni , sebab banyak sangat kena hafal for SPM .. *haa hamek kau ! tapii okey laa , KPM masukkan syllabbus nie dalam pendidikan agama islam .. atleast dapat mempersiapkan diri para pelajar untuk menghadapi alam perkahwinan.. bila dah ada ilmu takde laa nak lemparkan
Back to my topic .. Poligami !
dulu masuk je tajuk ni .. tajuk yang ke 16 i guess .. semua senyap ! pelajar lelaki senyum-senyum .. mungkin ini keistimewaan mereka yang Islam berikan untuk mereka pasang 2,3dan 4 .. jika mereka mampu dan mempunyai musabab yang tertentu .. :D
TAPIIIIIIIIII .. apa yang syam ingat , ketika itu pelajar perempuan dalam kelas syam semuanya bermuka kelat dan masam .. kalah masam buah mangga muda . Wajah mereka bertambah kelat apabila tersentapp dengan pertanyaan ustazah ketika itu ..
"Bagaimana Islam itu dikatakan fitrah sedangkan ia meraikan fitrah wanita yang tidak suka dimadukan atau diduakan dengan membenarkan poligami ?" . Tanya ustazah kepada kami .. Ya Allah , ketika itu terasa diri ini bagaikan berada di kawasan yang bersalji tanpa memakai sweater .. kelu lidah untuk melontarkan jawapan .. kelu mungkin kerana otak ketika itu tidak dapat memberikan respons untuk menjawab soalan ustazah !
diusia yang muda sebegitu , apa yang kami tahu poligami itu adalah lelaki yang beristeri lebih daripada seorang .. "seperti Salih Yaakub .." jerit seorang rakan karib syam ..
Tetapi hari ini malam ini , otak dan hati syam bersama-sama bekerja keras mencari jawapan untuk soalan ustazah tahun lepas . *maaf ustazah baru nak try jawab .. rindu kat ustazah by the way .. :'( ..
Setelah syam meneliti lembaran sejarah sejak dahulu sehingga kini dan melihat masyarakat di dunia pada masa kini satu kesimpulan telah syam buat bahawasanya poligami merupakan fitrah semula jadi manusia. yess! Fitrah ! kita kena terima ! kita kena sedar ! kita perlu tahu !
Ia merupakan fenomena alam dan adat resam yang sama sekali tidak dapat dihapuskan. Walaupun ianya ditentang oleh kebanyakan wanita menggunakan parang ,kuali ,sudip dan juga kata-kata , tetapi ia tetap suatu HUKUM syariat yang telah di halalkan oleh Islam.
Kenapa kaum wanita masih menentang sedangkan ia adalah hukum syariat yang telah dihalalkan ? Syam rasa laa kaum wanita menentang sebab mereka melihat kebanyakkan *syam tak cakap semua , tapi mostly laa kaum lelaki tak dapat berlaku adil serta memberi keadilan kepada isteri , anak-anak serta diri mereka sendiri . Berlakunya perkara ini kerana perkahwinan yg dilakukan tidak ikut sunnah yang telah diajarkan oleh rasulullah s.a.w... mereka berpoligami kerana berlandaskan hawa nafsu semata - mata .. mahukan harta , dan sebagainya ..
apa yang dikatakan berlaku adil dalam syarat-syarat berpoligami ni , bukan adil kepada isteri dan anak-anak.. tetapi perlu adil kepada diri sendiri juga .. kalau poligami ini memudaratkan diri sampai kena kerah tenaga siang dan malam untuk cari nafkah kepada anak-anak yang berderet dan isteri-isteri sehingga kesihatan diri terjejas dan sakit-sakit maka tidak adil kepada diri laa namanya ..
Islam telah menyempurnakan segala gala gala galaa perkara untuk kepentingan dan kebahagiaan pengikutnya serta bertepatan dengan fitrah semula jadi manusia sebab itulah Islam dinamakan agama fitrah kerana perundangannya meliputi setiap aspek kehidupan manusia dari sebesaq-besaq perkara sehingga kepada sekecik-keciknya, semua itu diambil kira oleh Islam..masyaALLAH ..
Walaupun kita ( wanita ) tidak suka "poligami" ini ... kita tetap kena akur dengan ketetapanNya ... poligami itu halal . Bahkan diharuskan seseorang itu untuk berkahwin lebih dari seorang jika mencukupi syaratnya ..
tetapi ingat laa wahai kaum Adam , takutilah untuk berlaku zalim kepada wanita, khususnya dalam isu perkahwinan. Sayangilah wanita pendampingmu, selagimana wanita itu masih mentaatimu dalam melaksanakan agama dan tanggungjawabnya, dan telah melengkapi keluargamu dengan sakinah, mawaddah dan rahmah.
allahuakhbar ..
thanks for reading this entry !
2 ulasan:
kita kena redha dan akur ! yes . saya suka ayat tuh . tapi . xsanggup kalau pasangan atau ahli terapat kita nak berpoligami . nak suruh akur dan redha itu bukan benda yang mudah .
benar .. tapi jika sudah tertulis di luh mahfuz .. kita tetap perlu tundukkan hati dan akur terhadap takdir yang tertulis :)
Catat Ulasan